1. Adakah Shaklee ini Halal?
Jawapan : Halal. Boleh rujuk sijil halal dalam label Sijil Halal di blog ini.
2. Mengapa urin saya bertukar jadi kekuningan selepas mengambil vitamin?
Jawapan: Ianya adalah kesan pengambilan B complex, vitamin ini adalah vitamin larut air.
3. Mengapa susu saya bertukar kuning kehijauan?
Jawapan: ia adalah kesan pengambilan B complex, vitamin ini adalah vitamin larut air.Di samping itu, alfalfa mengandungi klorofil.
4. Adakah trial pack masih ada untuk saya cuba?
Jawapan: Ianya sentiasa ada , di sediakan dengan harga yang berpatutan.
Bagi pertama kali mencuba, adalah digalakkan membeli trial pack
terlebih dahulu.
5. Saya mengalami pening2 selepas mengambil vitamin ini, mengapa? Adakah tidak serasi?
Jawapan: Pengambilan vitamin memerlukan pengambilan air yang TIDAK
kurang dari 2 liter. Ini kerana ia perlu agar vitamin dapat disalurkan
ke seluruh tubuh dengan lancar. Rasa pening berlaku biasanya berpunca
dari less water intake. Satu lagi adalah kerana, jika individu itu
adalah pertama kali mengambil supplement, maka tubuh memerlukan 1-3 hari
untuk menyesuaikan diri dengan zat yang diterima. (Ibaratkan seorang
yang tidak punyai perabot di dalam rumahnya dan tiba2 datang orang
menghantar perabot serta memenuhi ruang kekosongan dalam rumah, pastinya
individu itu perlukan masa untuk menyesuaikan diri.). Hakikatnya
keserasian memerlukan masa.
6. Saya selesa dengan vitamin Shaklee setelah mencubanya melalui trial pack. Boleh saya beli full pack dengan best price?
Jawapan: Boleh dan ianya lebih menjimatkan.
7. Saya seorang yang kurang minum air kerana malas nak ke tandas,
bolehkah saya mengambil supplement ini sebab mempunyai masalah buasir.
Jawapan: Tidak saya galakkan mereka yang kurang minum air mengambil
supplement, ini kerana ia tidak dapat disalurkan dengan baik ke seluruh
tubuh.
8. Adakah vitamin ini membantu saya cepat sembuh dari penyakit yang saya lalui?
Jawapan: Vitamin bukan dalam kumpulan ubat. Ianya sekadar supplement
iaitu makanan tambahan yang mengisi ruang kekosongan dalam tubuh.
Seterusnya ia membantu badan meningkatkan sistem imun dan secara
langsung membantu tubuh melawan penyakit. Sekiranya penyakit yang kronik
atau berlarutan maka memang memerlukan masa dan perlu mengambil
antioksidan seperti ACE, Nutriferon ataupun Vivix untuk membantu
meninggikan daya ketahanan tubuh. Tidak lupa doa serta tawakal pada Yang
Esa.
9. Bolehkah saya membeli sendiri vitamin di mana2 sales branch?
Jawapan: Boleh, hanya mesej saya di talian 016-6632267
saya akan beri tips2 untuk mendapatkan harga istimewa.
10. Adakah normal bagi anak saya, setelah pengambilan vitamin, si kecil
minum sedikit dan terus lena. Berbeza dengan sebelum ini, si kecil saya
akan mengamuk2 dan asyik berjaga mahu menyusu.
Jawapan: Ibu2 yang
mengambil vitamin dalam diet harian selain pengambilan makanan harian
yang lengkap(tidak berdiet kerana kawalan makanan akan menggangu
penghasilan susu) akan mendapati susunya akan bertambah pekat dan anak
akan minum sdikit sahaja serta mudah lena. Apabila ini berlaku si ibu di
sarankan mengepam sebaik sahaja si kecil lena. Agar penghasilan susu
dengan lebih banyak dapat dihasilkan.
11. Adakah vitamin Shaklee selamat diambil oleh ibu yang mengandung?
Jawapan: Ya boleh kerana ia adalah vitamin. Setiap ibu mengandung akan
dibekalkan oleh doktor vitamin demi memastikan si ibu dan anak sihat dan
selamat semasa proses kelahiran.
12. Apakah vitamin yang baik untuk diambil oleh ibu yang menyusu?
Jawapan: Secara basic saya sarankan 4 jenis iaitu Vitalea, b complex,
Vitamin C dan Alfalfa. Namun seandainya mempunyai lebihan rezeki boleh
mengambil ESP iaitu soya protin kerana ini membantu anak mudah kenyang
dan pembesaran anak lebih lancar.
13. Mengapakah saya mudah
rasa lapar setelah mengambil vitamin? Saya takut saya akan gemuk. Adakah
saya mempunyai potensi untuk gemuk?
Jawapan: Pengambilan B complex
dan multivitamin boleh membuatkan seseorang itu mudah merasa lapar. Ini
kerana B complex berfungsi membakar glukos untuk menghasilkan tenaga.
Rasa lapar itu adalah salah satu body sign yang bermaksud tubuh
memerlukan gula untuk ditukarkan kepada tenaga.
Makanan yang
dimakan akan ditukar segera kepada tenaga, itu sebabnya mengapa mereka
yang mengambil B complex akan sentiasa rasa bertenaga. Walaubagaimanapun
ada sesetengah individu tidak dapat mengawal nafsu makannya.Ini yang
boleh menyebabkan ketidakseimbangan berat badan dengan ketinggian
seseorang. Pastikan anda mengambil 3 meal sehari dengan masa yang
teratur dan jika terasa lapar di antara waktu tersebut, cubalah makan
buah2an atau makanan yang kaya dengan serat supaya tidak mudah mengalami
kegemukkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan